Pemergian Guru Tua, Salehuddin Abdul Wahab

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dengan penuh rasa dukacita memaklumkan pemergian Guru Tua, Allahyarham Cikgu Salehuddin bin Abdul Wahab, yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Ogos 2017.

Allahyarham merupakan antara tokoh penting dalam dunia Seni Silat Gayung Fatani, yang banyak menabur bakti dalam memperkukuh sistem pengajaran, latihan, dan kefahaman terhadap falsafah seni warisan bangsa ini. Beliau dikenali sebagai seorang guru yang berilmu tinggi, berdisiplin, serta sentiasa menekankan adab dan nilai kerohanian dalam setiap pengajaran silat.

Dengan panggilan Pak Tutu, Allahyarham adalah adik kepada Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab. Beliau pernah mewakili Malaysia ke kejohanan pencak silat di peringkat antarabangsa.

Al-Fatihah