Majlis Ujian Silat Perdana 2025 : Menghimpunkan Pesilat Dari Tiga Negeri

Selangor, Putrajaya & Negeri Sembilan Majlis Ujian Silat Perdana 2025 telah berlangsung dengan penuh tertib dan semangat kesatria pada 29–30 November 2025 bertempat di Dewan Komuniti Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Majlis tahunan ini dianjurkan bersama oleh Seni Gayung Fatani dan Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu. Ia menghimpunkan para pesilat dari lima kawasan utama: Bangi, …

TAHNIAH Khidir Jamil – Kejayaan Akademik

Tahniah diucapkan kepada Khidir Jamil atas kejayaan menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Putra Malaysia. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin dalam memperkukuh pembangunan Seni Gayung Fatani dan memartabatkan warisan silat Melayu.

Program CSR : Rumah Bakti Nur Ain, Bangi

Satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah diadakan di Rumah Bakti Nur Ain yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Program ini telah menarik perhatian dan sokongan pelbagai pihak, termasuk Cikgu Safwan Hassan dan Ustaz Farhan Ahmad dari Shah Alam yang hadir untuk menyertai aktiviti bermakna ini. HASIL SUMBANGAN DARIPADA AHLI-AHLI SILAT DAN ORANG …

Program CSR : Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab, Beranang, Selangor

Baru-baru ini, program ziarah telah diadakan oleh guru-guru dari Seni Gayung Fatani ke Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab di Beranang, Selangor. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami, yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim. Antara guru silat yang hadir adalah Cikgu Safwan Hassan, Ustaz Farhan …

Pemergian Guru Tua, Salehuddin Abdul Wahab

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Dengan penuh rasa dukacita memaklumkan pemergian Guru Tua, Allahyarham Cikgu Salehuddin bin Abdul Wahab, yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Ogos 2017. Allahyarham merupakan antara tokoh penting dalam dunia Seni Silat Gayung Fatani, yang banyak menabur bakti dalam memperkukuh sistem pengajaran, latihan, dan kefahaman terhadap falsafah seni warisan bangsa …

Pemergian Ibunda TG Aminuddin, Rokiah Daharun

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Tuan Guru Aminuddin Anuar, iaitu Allahyarhamah Rokiah Daharun (isteri kepada Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab), telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Mei 2013 (Rabu), jam 10.15 malam di Hospital Kajang. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu 13, Jalan Cheras, Kajang, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Persekutuan …