WARISAN SILAT MELAYU BERTERASKAN KEBIJAKSANAAN DAN KEBERANIAN
Seni Gayung Fatani ialah sebuah pertubuhan silat tradisional yang berteraskan warisan budaya Melayu serta berperanan memperkasa seni bela diri warisan bangsa. Ditubuhkan secara rasmi untuk memelihara, mengembangkan, dan memperkenalkan Silat Melayu kepada masyarakat dalam dan luar negara, ia menekankan aspek ilmu, adab, disiplin, serta kebijaksanaan dalam setiap gerak dan pengajaran.
Nama “Fatani” sendiri membawa maksud bijaksana — melambangkan falsafah bahawa setiap langkah dan gerak dalam silat ini bukan sekadar kekuatan fizikal, tetapi juga kebijaksanaan dalam berfikir, bertindak, dan beradab.
KENALI KAMI
Tokoh Silat

Tuan Guru Haji Pendita
Anuar Bin Abd. Wahab AMN
PENGASAS / GURU UTAMA (1976-2009)
Pengasas dan tokoh utama Seni Gayung Fatani, yang berjasa memperkasa Silat Melayu melalui pembentukan kurikulum moden berpiawai. Beliau dikenali sebagai pendidik dan pendekar berwibawa yang menekankan adab, disiplin, serta warisan budaya bangsa.

Tuan Guru Aminuddin Bin Hj. Anuar
GURU UTAMA (2013-Kini)
Anak sulung dan pewaris kepada Tuan Guru Haji Anuar Abdul Wahab, AMN. Beliau pernah mewakili Malaysia dalam sukan silat dan kini berperanan sebagai Guru Utama selepas pemergian ayahandanya. Kepimpinannya menekankan kesinambungan warisan, disiplin, dan pembaharuan dalam silat tradisi.

Cikgu Safwan A. Hassan
GURU KANAN
Merupakan anak murid kepada Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar dan rakan seperguruan kepada Cikgu Nurhidayah Abdul Wahab serta Tuan Khidir Jamil. Beliau pernah mewakili negeri Selangor dalam Kejohanan Rakan Wajadiri Kebangsaan (Seni Gayung Fatani), menonjolkan bakat dan dedikasi tinggi terhadap seni silat warisan.
Terkini dari Seni Gayung Fatani!
-

JUBLI EMAS SENI GAYUNG FATANI KE-50
Read more: JUBLI EMAS SENI GAYUNG FATANI KE-50Tahniah Ulang Tahun ke-50 Seni Gayung Fatani Malaysia Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Ulang Tahun ke-50 Seni Gayung Fatani Malaysia kepada seluruh anggota dan…
-

KEJOHANAN SILAT TEMPUR KSOFB 2026 – Himpunkan Pesilat Sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan
Read more: KEJOHANAN SILAT TEMPUR KSOFB 2026 – Himpunkan Pesilat Sekitar Lembah Klang dan Negeri SembilanKejohanan Silat Tempur KSOFB 2026 berlangsung pada 22–23 Ogos 2026 di PKNS Bangi, melibatkan pesilat sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong dan Nilai.
-

SILAT TEMPUR: Konsep, Sejarah dan Sistem Pemarkahan
Read more: SILAT TEMPUR: Konsep, Sejarah dan Sistem PemarkahanSilat Tempur ialah konsep pertandingan yang diperkenalkan sebagai platform asas untuk pesilat baharu, kanak-kanak dan pra-remaja membina pengalaman sebelum menyertai Silat Olahraga. Ketahui sejarah Silat Tempur sejak 1999, konsep permainan,…
