
Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Tuan Guru Aminuddin Anuar, iaitu Allahyarhamah Rokiah Daharun (isteri kepada Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab), telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Mei 2013 (Rabu), jam 10.15 malam di Hospital Kajang.
Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu 13, Jalan Cheras, Kajang, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang. Pusara Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab turut berada di tanah perkuburan yang sama.
Semoga Allahyarhamah Rokiah Daharun dikurniakan rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.Insya-Allah. Amin.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah.

Sedikit pencerahan mengenai Allahyarhamah Rokiah Daharun yang paling banyak berjasa kepada Seni Gayung Fatani :
1. Isteri kepada Guru Utama Pertama Seni Gayung Fatani.
2. Pengendang ibu dan anak team GENDANG FATANI kendalian Almarhum Tn Guru Anuar Abdul Wahab sewaktu mempopularkan silat Seni gayung Fatani di seluruh Malaysia sekitar 70an-akhir 80an.
3. Orang yang bertanggungjawab mereka dan menjahit baju silat seni, baju layang, samping dll juara-juara Silat PSGFM dan Dunia.
Pereka pertama ‘body-protector’ silat olahraga untuk sea-games dan kejohanan-kejohanan utama silat dunia sekitar akhir 1970-an hingga 1990-an.
4. Penyokong setia Guru Aminuddin Anuar dalam apa bidang yang diceburi sehingga bergelar juara dunia dll.
5. Menyediakan makan-minum para petanding silat remaja, kebangsaan dan dunia sepanjang mereka menetap dan berlatih di Akademi Fatani Kajang sekitar tahun akhir 1980an- hingga 2002.
Dan banyak lagi jasa-jasa beliau yang tidak dapat saya ceritakan semuanya di sini.
