Selangor, Putrajaya & Negeri Sembilan
Majlis Ujian Silat Perdana 2025 telah berlangsung dengan penuh tertib dan semangat kesatria pada 29–30 November 2025 bertempat di Dewan Komuniti Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Majlis tahunan ini dianjurkan bersama oleh Seni Gayung Fatani dan Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu. Ia menghimpunkan para pesilat dari lima kawasan utama: Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan Nilai (Negeri Sembilan). Ia secara tidak langsung telah melibatkan pesilat-pesilat dari tiga (3) negeri ; Selangor, Putrajaya (Wilayah Persekutuan) dan Negeri Sembilan.

Terima Kasih Tuan Guru Aminuddin!
Acara dua hari ini turut mendapat suntikan semangat daripada kehadiran Tuan Guru Aminuddin Anuar, Guru Utama Seni Gayung Fatani, serta Tuan Khidir Jamil, Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Selangor. Kehadiran mereka bukan sahaja memberi restu dan sokongan moral, tetapi juga mengukuhkan komitmen organisasi dalam memperkasa sistem pembelajaran silat secara berterusan.
(Video Sorotan) Majlis Ujian Silat Perdana 2025
Majlis ujian kali ini melibatkan hampir 150 orang pelajar yang hadir bagi menguji tahap kemahiran dan kefahaman mereka. Hanya pelajar bengkung putih, biru, perang dan kuning layak menduduki ujian, selaras dengan proses rombakan silibus baharu yang sedang dijalankan oleh Majlis Perguruan bagi memperkukuh kurikulum Seni Gayung Fatani agar lebih sistematik, relevan dan berkesan untuk generasi akan datang.




Bagi memastikan kelancaran dan ketepatan penilaian, tiga orang guru telah dilantik sebagai pemeriksa rasmi:
- Cikgu Safwan Hassan
- Cikgu Nurhidayah Abd. Wahab
- Cikgu Luqman Al-Baqir
Ketiga-tiga pemeriksa memainkan peranan penting dalam menilai aspek teknik, disiplin, kefahaman seni tempur, serta adab pesilat sepanjang ujian dijalankan. Para pelajar dinilai dengan teliti melalui rangkaian gerak asas, buah-buah serangan dan elakan, langkah tempur, serta kefahaman falsafah Seni Gayung Fatani.
Majlis berakhir dengan penyampaian ucapan penghargaan oleh pihak penganjur kepada semua guru, penyelia gelanggang, ibu bapa, serta para pelajar yang memberi komitmen tinggi terhadap perkembangan seni persilatan. Dengan sokongan berterusan daripada semua pihak, Majlis Ujian Silat Perdana 2025 telah mencerminkan perkembangan sihat dan berterusan dalam usaha memartabatkan Seni Gayung Fatani sebagai warisan bangsa yang bermaruah dan berwibawa.
Insya-Allah.





MAJLIS UJIAN SILAT PERDANA 2025
29-30 November 2025, Bandar Baru Bangi
Anjuran bersama :
Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Selangor
Dengan kerjasama :
Kelab Silat Olahraga Gempur Khas
ALMAC Bangi
Penghargaan :
Ahli Majlis MPKj Zon 16
Penyelaras DUN Sungai Ramal
Pejabat ADUN Sungai Ramal
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bangi
Pengarah Program :
Cikgu Abud Fazdi
Urusetia Program :
Puan Farhana Yusuf
Tuan Nor Khairul
Zul Iskandar
Arif Syafie Azhar
Amal Aqilah Amiruddin
Encik Illyas Hadi
Natasha Farhana
Aiman Kahar
Solehin Jefri
Umar Nor Adzrin
Uwais Wafiq
Iman Wafi
Adam Wafiy
Adam Haikal
Ahmad Irsyad
Aqeel Hakimi
Syafiq Fiqri
Sabrina Nazarudin
Syafikah Abdul Rahman
Mia Sofea Zahra
Nurdamia Qasrina
Qistina Zulaikha
Amzar Johan
Zafran Johan
Naurah Syifa Johan
Arief “Bob” Khairunnas
Zaatul Husna Fadzly
Hazman Akmal
Muhaimin

