KEJOHANAN SILAT TEMPUR KSOFB 2026 – Himpunkan Pesilat Sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan

BANGI, 23 Ogos 2026 – Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu (KSOFB) dengan kerjasama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Selangor telah menganjurkan Kejohanan Silat Tempur KSOFB 2026 pada 22 dan 23 Ogos 2026 bertempat di Kompleks PKNS Bangi.

Penganjuran kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada PKNS Bangi, Parlimen Bangi, Penyelaras DUN Sungai Ramal serta Pejabat ADN Sungai Ramal.

Kejohanan selama dua hari ini melibatkan anggaran 150 orang, terdiri daripada pesilat, jurulatih dan barisan urus setia.

Peserta terdiri daripada pesilat-pesilat di bawah KSOFB dari beberapa kawasan sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong serta Nilai, Negeri Sembilan.

Kejohanan ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Aminuddin Anuar, Guru Utama Seni Gayung Fatani, yang hadir dari Sandakan, Sabah bagi bersama-sama menyaksikan perkembangan dan pelaksanaan program Silat Tempur.

TG Aminuddin Anuar sedang berborak dengan Encik Zakaria Ismail.

Silat Tempur – Platform Awal Sebelum Silat Olahraga

Silat Tempur merupakan satu konsep pertandingan yang telah diilhamkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Anuar Abdul Wahab (AMN) dan anakandanya Tuan Guru Aminuddin Bin Haji Anuar sejak tahun 1999.

Konsep ini pada peringkat awal dikenali sebagai “Silat Beladiri”, sebelum diperkenalkan dengan jenama “Silat Sejajar” pada tahun 2008, dan seterusnya menggunakan nama “Silat Tempur” sejak tahun 2015. Sejarah Silat Tempur >>

Silat Tempur dibangunkan sebagai satu platform yang sesuai untuk pesilat baharu, kanak-kanak dan pra-remaja, khususnya sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke pertandingan Silat Olahraga yang mempunyai tahap teknikal dan intensiti pertandingan yang lebih tinggi.

Antara fokus utama Silat Tempur ialah:

  • Tumbukan dan tendangan;
  • Tangkisan dan tepisan;
  • Membina keyakinan diri;
  • Memberikan pengalaman awal dalam suasana pertandingan; dan
  • Membentuk konsep permainan yang lebih selamat dengan risiko kecederaan yang minimum.

Bagi meningkatkan aspek keselamatan peserta, pemakaian glove (sarung tangan tempur) diwajibkan sepanjang pertandingan bagi membantu melindungi bahagian buku jari serta pergelangan tangan pesilat.

Penganjuran Kejohanan Silat Tempur KSOFB ini bukan sahaja memberi ruang kepada pesilat untuk menguji kemahiran yang telah dipelajari, malah menjadi medan membina keberanian, disiplin serta pengalaman sebelum mereka bersedia melangkah ke peringkat pertandingan yang lebih mencabar.

Silat Tempur – langkah awal yang selamat sebelum ke arena Silat Olahraga.

Sekalung Penghargaan

Pihak Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu (KSOFB) dan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Kejohanan Silat Tempur KSOFB 2026.

Tuan Guru Aminuddin Anuar
Guru Utama Seni Gayung Fatani

Penyokong Program

  • YB Syahredzan Johan – Parlimen Bangi
  • YB Ustaz Shafie Ngah – ADN Sungai Ramal
  • Haji Mazwan Johar – Penyelaras DUN Sungai Ramal
  • Puan Alyaa Faten – PKNS Bangi
  • Puan Dahlia Al Syurgawi – Pengkaji Sukan Silat
  • Encik Khidir Jamil – Pengerusi, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Selangor
  • Encik Zakaria Ismail
  • Encik Johan Ahmad

Jawatankuasa & Urus Setia Kejohanan

  • Encik Mustafa Zainal Abidin – Penasihat Program
  • Encik Abdullah “Abud” Fazdi – Pengarah Program
  • Encik Irfan Mohammed Jefri – Persiapan Gelanggang & Logistik
  • Cik Natasha Farhana – Dokumentasi & Media
  • Cik Nurhidayah M. Abdul Wahab – Ketua Teknikal
  • Encik Luqman Al-Baqir Tajul Ariffin – Ketua Pertandingan
  • Encik Iman Wafi Ahmad Bakri – Pengadil / Timbalan Ketua Teknikal
  • Encik Solehin Jefri – Pengadil
  • Encik Aiman Kahar – Juri
  • Encik Al-Haiqal Rafiq – Juri
  • Encik Amierul Adam Zakaria – Juri
  • Dania Elisa Muhammad Afif – Juri
  • Nur Zaatul Husna Mohd Fadzly – Juri
  • Encik Uwais Wafiq Zulkifli – Keselamatan
  • Puan Raihan Hairuddin – Urus Setia
  • Sabrina Nazaruddin – Urus Setia
  • Nur Syafikah Abdul Rahman – Urus Setia
  • Nurdamia Qasrina Nazrul Azlan – Urus Setia
  • Cik Yaya – Urus Setia
  • Cik Faz – Urus Setia
  • Cik Aya – Urus Setia
  • Mia Amani – Urus Setia
  • Fadilah Naimah Faudnizam – Urus Setia
  • Jaslynn Johanna Abdullah – Urus Setia
  • Encik Umar Nor Adzrin – Urus Setia
  • serta ahli-ahli & para pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Jurulatih & Tenaga Pengajar

Penghargaan turut diberikan kepada seluruh barisan jurulatih dan tenaga pengajar KSOFB dari gelanggang sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong dan Nilai, Negeri Sembilan yang telah memberikan komitmen dalam membuat persediaan serta membimbing para pesilat sebelum dan sepanjang kejohanan berlangsung.

Ibu Bapa & Penjaga

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak, jurulatih serta pihak penganjur.

Sokongan, kepercayaan dan kerjasama ibu bapa merupakan antara faktor utama yang memungkinkan program pembangunan pesilat seperti Silat Tempur terus berkembang dan dilaksanakan dengan baik.

Turut dirakamkan penghargaan kepada para ibu bapa yang telah membantu pihak penganjur dalam urusan persiapan, kebajikan peserta, logistik dan perjalanan kejohanan.

Para Pesilat

Tahniah dan syabas kepada semua pesilat yang telah menyertai kejohanan ini dengan penuh semangat, disiplin dan keberanian.

Menang atau kalah merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Pengalaman melangkah ke gelanggang, berhadapan dengan lawan serta mengawal emosi ketika bertanding merupakan satu pencapaian yang amat bernilai dalam perjalanan seseorang pesilat.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada Kejohanan Silat Tempur KSOFB 2026.

Bersama membina generasi pesilat yang berilmu, berdisiplin dan berani.