OLEH: AMINUDDIN BIN ANUAR (GURU UTAMA/PEMILIK PSGFM LOGO)
Assalamualaikum,
AMINUDDIN BIN ANUAR dirujuk sebagai “PEMILIK TUNGGAL” PERGURUAN SENI GAYUNG FATANI (SGF).
Huraian ini penerangan berkaitan pra-syarat sekiranya pada masa kini dan akan datang permintaan kemasukan keahlian, jurulatih dan wujud gelanggang serta jika individu berminat dalam hal bergabung semula. Tiada halangan kemasukan semula sekiranya syarat dan hak pemilik SGF dipatuhi.
A. PENERANGAN RINGKAS PSGFM (BARU) 2013 – 2026
- AMINUDDIN BIN ANUAR diangkat sebagai GURU UTAMA SGF dengan mendapat perkenan restu sah bertauliah dari Tuan Guru Salehuddin Bin Abd. Wahab sekitar tahun 2013. Kini sebagai PEMILIK TUNGGAL perguruan, pertubuhan dan pemegang amanah pewaris sah dan mutlak.
- Semua pergerakan aktiviti silat dibawah Jawatankuasa Pengurusan SGF Negeri-negeri, terkini hanya Pertubuhan Seni Gayung Fatani Selangor (PPM-014-10-02042013) sebagai badan berkerjasama pergerakan bersama Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar pemilik sah perguruan SGF.
- Pensijilan Sah Logo myIPO Seni Gayung Fatani Malaysia didaftarkan atas nama Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar diluluskan pada tahun 2022.
- Dibawah pengurusan Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar, PSGFM pernah dinobatkan sebagai Pengurusan Sukan Terbaik Asia, Sport Industry Awards SPIA 2015 di Manila Filipina.
- Keahlian terkini dianggarkan seramai sekitar 1,500 lebih orang sejak 2013 hingga kini. Dengan jumlah jurulatih aktif sekitar 20 orang serta gelanggang pula dianggarkan sekitar 25 gelanggang sekolah rendah, menengah, persendirian dan institusi yang tersenarai di sekitar negeri Selangor, Sabah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
B. SENI GAYUNG FATANI – JENAMA HAK MILIK KEPADA AMINUDDIN BIN ANUAR
AMINUDDIN BIN ANUAR adalah PEMILIK LOGO SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA – jenama yang disahkan Pendaftar Hak Cipta Malaysia MyIPO. Status yang SAH dibenarkan setakat ini adalah seperti berikut;
- YBHG. TUAN GURU AMINUDDIN BIN ANUAR (PEMILIK)
- Pertubuhan Seni Gayung Fatani Selangor (PPM-014-10-02042013)
- M1STRIKE.COM
Sebarang pelanggaran dirujuk kepada;
Kesalahan di bawah AKTA CAP DAGANGAN 2019 [AKTA 815]. Pemilik sah boleh mengambil tindakan undang-undang berbentuk sivil atau jenayah terhadap pesalah.
C. PENGGELARAN GURU UTAMA SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA.
- AMINUDDIN BIN ANUAR dengan gelaran “GURU UTAMA” pemilik entiti ini telah dimasyhurkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai pengiktirafan perlu dihormati (Rujukan A/no.1 dan B/no.1).
- Mana-mana persatuan menggunakan nama “Gayung Fatani” seperti dikenali badan pendiri di peringkat PESAKA secara dasarnya adalah tertakluk kepada syarat keahlian, jurulatih dan daftar gelanggang SGF seperti yang telah ditetapkan sejak tahun 1976. Penggunaan nama “Gayung Fatani” berdaftar di platform ROS yang aktif adalah dialu-alukan untuk kerjasama dengan Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Selangor dilantik sebagai “Head Quaters” membantu gerak kerja silat di peringkat kebangsaan. Jawatankuasa pengurusan SGF negeri-negeri lain akan bergabung tertakluk kepada semua syarat ditetapkan (Rujukan G).
- Perbincangan, cadangan, undian pemilihan ahli-ahli jawatankuasa negeri-negeri adalah tanggungjawab kepada urusan status daftar ROS, namun semua keputusan berkaitan hal ehwal perguruan SGF adalah MUKTAMAD dari Guru Utama, Aminuddin Bin Anuar.
D. SUKATAN PELAJARAN
- Sukatan pelajaran “PIAWAI 2002 PSGFM” diasaskan oleh Al Marhum Tuan Guru Pendita Anuar Bin Abd. Wahab (AMN).
- Sukatan pelajaran “SILAT MALAYSIA” ATAU “SENI SILAT MALAYSIA” diasaskan oleh Al Marhum Tuan Guru Pendita Anuar Bin Abd. Wahab (AMN).
- Sukatan 1 dan 2 adalah pelajaran silibus Seni Gayung Fatani.
E. KURIKULUM DAN AKTIVITI
Aktiviti Sukan SGF adalah seperti berikut;
- Silat Olahraga
- Silat Malaysia – Tapak Empat
- Silat Tempur
- M1STRIKE FIRE @ M1STRIKE
F. KEAHLIAN
- “Ahli” dirujuk kepada individu ahli Seni Gayung Fatani (SGF)
- Ahli gelanggang didaftarkan sejak tahun 1976 hingga 2013 yang masih memegang kad sah ahli di tandatangani oleh Tuan Guru Anuar Bin Abd. Wahab.
- Ahli yang di daftarkan bermula tahun 2013 dan keatas adalah dibawah selian Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar.
- Ahli sebagai Jurulatih yang aktif mengajar bergelanggang ada memiliki tauliah pensijilan sah JURULATIH SGF.
- SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA, SENI GAYUNG FATANI, PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA, FATANI MALAYSIA, GAYUNG FATANI, FATANI adalah merujuk kepada NAMA SILAT perguruan berlogo SAH MyIPO ini yang dikendalikan dimiliki oleh AMINUDDIN BIN ANUAR selaku Guru Utama.
G. TANGGUNGJAWAB GELANGGANG, YURAN WAJIB
- Ahli (tidak aktif) ada kad ahli lama, jurulatih tauliah bergelanggang lama anda boleh mendaftar semula, perlu mengemukakan permohanan baru. Jurulatih yang kembali aktif perlu menghantar laporan bertulis perkembangan aktiviti gelanggang dua kali setahun untuk perhatian Guru Utama.
- Ahli-ahli gelanggang perlu membuat pembayaran yuran-yuran wajib kepada SGF, rujuk senarai dilapirkan.
- Ahli-ahli WAJIB ikuti aktiviti anjuran SGF.
- Ahli SGF dibenarkan sertai acara aktiviti pertandingan anjuran luar bagi tujuan peningkatan prestasi, mengolah kemahiran dipelajari wadah pertandingan serta punyai semangat kesukanan.
- Pihak SGF tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau tuntutan mana-mana program acara yang disertai oleh peserta sendiri atau pasukan.

H. “SCAMMER” MENGGUNA IDENTITI TANPA KEBENARAN
Pandangan Guru Utama kepada isu berikut,
- “Scammer” bermaksud PENIPU atau PENGELAT.
- Secara umum hal ini merujuk dari kalangan individu atau sendiket yang menjalankan aktiviti penipuan memanipulasi mengaut keuntungan mengutip wang, dana, atau yang seumpamanya secara haram serta menganiaya mangsa, sering kali melalui taktik licik. Pada isu ini dirujuk sebagai mengguna nama Seni Gayung Fatani, selain dari itu meliputi hal mengguna Logo rasmi milik Aminuddin Bin Anuar yang daftar MyIPO, Pelajaran Selibus Piawai 2002 PSGFM, Modul SILAT MALAYSIA, mengatur ujian-ujian bengkung peringkat, memanipulasi jurai ahli jurulatih keguruan dan mengubah fakta asal sejarah PSGFM, juga tidak mengikuti mana-mana aktiviti PSGFM dan tidak patuh arahan Guru Utama dan pekeliling wajib patuh sebagai ahli PSGFM.
- SGF tidak bertolaransi individu dengan status JURULATIH PALSU yang mana mengguna identiti tanpa kebenaran digelar “Scammer” sebagai aktiviti HARAM.
- Aktiviti membuka promosi gelanggang merentas kawasan guna nama Seni Gayung Fatani dan logo rasmi dengan mengutip duit yuran-yuran dan lain-lain bayaran.
- Menjalankan aktiviti, bengkel, kursus, acara pertandingan guna nama.
- Hal ini perlu diterangkan kepada umum, ianya amat merugikan para pelajar silat, ibubapa dikenalpasti sebagai mangsa penipuan wang ringgit, masa dan tenaga.
- Lebih malang ianya mencalar , keliru dan timbul persoalan kepada nama baik Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar selaku Guru Utama dimata masyarakat, PESAKA, PERSILAT dan institusi awam yang mengenali beliau sebagai pemegang amanah sah perguruan dianggap gagal menangani hal ini.
- Kesimpulan, Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar akan sentiasa melakukan usaha penerangan sebagai makluman sebaran di media sosial, diskusi alam maya, penerangan secara berdepan dan lain-lain yang sesuai, pendekatan akhir adalah dengan cara membuat laporan kepada pihak berkuasa pada masa hadapan bagi mendapat keadilan dan hak-hak bagi pihak Seni Gayung Fatani.
I. PENGURUSAN SENI GAYUNG FATANI
- Status kedudukan tahap hiraki terkini adalah dirujuk.
- Jawatankuasa penggerak pengurusan perguruan (status bengkung) terdiri senarai berikut;
- Guru Utama: Emas
- Guru Kanan: Hitam, calit 3 Merah
- Ketua Kejurulatihan: Hitam, calit 1/2 Merah
- Jurulatih: Merah
- Pembantu Jurulatih: Hijau
- Anak gelanggang: mana-mana bengkung
3. Senarai kedudukan diatas atas dilantik dan disahkan oleh Guru Utama sebagai petugas khusus pengurusan Seni Gayung Fatani di peringkat kebangsaan. Hanya ahli, jurulatih, jawatakuasa (ROS) sah dalam status pengurusan Seni Gayung Fatani layak daftar, mengurus dan menggerak aktiviti silat gelanggang, kelab dan negeri-negeri.
J. DAFTAR JURULATIH, GABUNGAN PERSATUAN, KELAB, NEGERI-NEGERI SEMENANJUNG, SABAH, SARAWAK DAN LUAR NEGARA.
- Guru Utama Aminuddin Bin Anuar “HAK” beliau kepada semua gelanggang SGF seluruh negara. Daftar gelanggang oleh mana-mana individu, kumpulan jawatankuasa “bercadang” penubuhan perlu menulis surat permohonan, merujuk dan mendapat pandangan budi bicara kebenaran dari Guru Utama sebelum ianya dikemukakan ke Pendaftar Pertubuhan ROS. Terma dan syarat adalah dirujuk.
- Mengisi lengkap borang Jurulatih berserta gelanggang. Yuran tunai RM60/tahunan setiap satu dan perbaharui. Setiap gelanggang dikenakan yuran RM50 setiap satu gelanggang yang diajar oleh jurulatih.
- Gelanggang memilik Pembantu Jurulatih perlu didaftar bersama gelanggang ikut Jurulatih. Yuran dikenakan RM50/tahunan dan perlu perbaharui.
- Permohonan Jurulatih wajib berstatus AKTIF DAN BERGELANGGANG, jika tidak mengajar dan tanpa gelanggang permohonan sebagai jurulatih tidak dilayan.
- Permohonan Pembantu Jurulatih ke JURULATIH. Mengemukakan permohonan kepada SIDANG KEGURUAN dan ada sokongan dari Jurulatih Gelanggang. Proses adalah seperti berikut;
- Proses Memohon dan jawapan
- Penilaian Mengajar dan Temuduga oleh Guru Utama
- Keputusan Penilaian
- Mengesah Persijilan Jurulatih Seni Gayung Fatani yuran-yuran wajib (Rujukan H/no.2 dan no.3) dibayar tunai kepada Guru Utama.
- Semua permohonan akan melalui tapisan untuk disahkan, surat jawapan diterima secara bertulis disahkan hanya bertandatangan dan Cop Mohor PSGFM dari Guru Utama Aminuddin Bin Anuar sahaja. Gelanggang Luar negara TIDAK DIBENARKAN DIDAFTARKAN ATAS NAMA SENI GAYUNG FATANI ATAS FAKTOR KESELAMATAN DAN JENAMA. Permohonan yang tidak lengkap, gagal tapisan dan meragukan di tolak.
- Salinan sijil Tauliah Mengajar Jurulatih dan gelanggang akan diberi sebagai bukti pengesahan bertugas dan gelanggang yang sah bagi PSGFM.
Semua gelanggang, kelab, negeri-negeri berdaftar Seni Gayung Fatani jika didapati tidak aktif, tidak diurus secara wajar atau jurulatih dikenakan tindakan tatatertib, maka gelanggang tersebut akan diambil alih oleh Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar (Rujukan K/no.10) bagi tujuan perkara-perkara perlindungan hak dan keselamatan kini dan masa depan. - WAJIB menghantar laporan aktiviti dan penyata kewangan tahunan yang lengkap gelanggang, kelab, negeri-negeri tahunan kepada Guru Utama untuk semakan penilaian lanjutan perbaharui sijil tauliah mengajar.
- Keputusan pengesahan dari GURU UTAMA SIDANG KEGURUAN adalah muktamad.
K. KEAHLIAN DAN PERATURAN
- Ahli adalah merujuk kepada anggota Seni Gayung Fatani. (Rujukan F).
- Ahli tertakluk kepada syarat asas Seni Gayung Fatani.
- Penyertaan “WARGA ASING” sebagai anak gelanggang adalah tidak dibenarkan mana-mana gelanggang atas faktor keselamatan dan isu lain yang tidak perlu dinyatakan. Keahlian/kejurulatihan lama yang tidak diperbaharui bermula tahun 2013 adalah terbatal, anda digalakkan daftar semula (Rujukan G).
- Kesalahan peraturan akan dikenakan tindakan PERINGATAN. Rayuan dibenarkan.
- Jika berulang kali ke-dua (2), TINDAKAN DISIPLIN. Rayuan dibenarkan.
- Kali ke-tiga (3), kesalahan adalah GANTUNG KEAHLIAN. Rayuan dibenarkan.
- PERINGATAN – TEGURAN, SURAT PERINGATAN DAN NASIHAT TIDAK MENGULANGI KESALAHAN.
- TINDAKAN DISIPLIN – DILARANG MENGAJAR, HENTI LATIHAN, MASUK MANA-MANA GELANGGANG, TIDAK DIBENARKAN MASUK MESYUARAT, MEMULANGKAN BENGKUNG KEPADA PERGURUAN, TIADA KOMUNIKASI SOSIAL. TEMPOH HUKUMAN SEBULAN( 30 HARI KELANDAR) MENGIKUT PADA TARIKH JATUH HUKUMAN.
- DI GANTUNG KEAHLIAN – DILARANG MENGAJAR, HENTI LATIHAN, MASUK MANA-MANA GELANGGANG, TIDAK DIBENARKAN MASUK MESYUARAT, MEMULANGKAN BENGKUNG KEPADA PERGURUAN, TIADA KOMUNIKASI SOSIAL. TEMPOH HUKUMAN ENAM BULAN( 180 HARI KELANDAR) MENGIKUT PADA TARIKH JATUH HUKUMAN.
- Semua hukuman adalah dibicarakan dan keputusan secara dalaman sahaja, tujuan nasihat, memperbetulkan keperibadian dan muhasabah diri semua ahli agar menjadi peringatan kepada semua. Jurulatih gelanggang yang dikenakan hukuman tatatertib akan diganti jurulatih lain yang akan dinamakan sementara proses tempoh hukuman berjalan. Semua kutipan yuran belajar bulanan dikendalikan urusan oleh Ketua Kejurulatihan. Kutipan akan diserahkan (bank in) ke akaun SGF Selangor. Agihan yuran dikutip berbentuk bayaran 50% diberi kepada jurulatih gantian dan baki 50% diserah kepada Guru Utama SGF.
L. JAWATANKUASA SIDANG PENGADILAN
Senarai jawatankuasa bersidang dalam hal berkaitan “Pengadilan” adalah diterajui SIDANG KEGURUAN, susunan seperti berikut;
KETUA HAKIM – TUAN GURU AMINUDDIN BIN ANUAR
SETIAUSAHA – NURHIDAYAH BINTI MOHD ABDUL WAHAB (PENCATAT)
JURU PENYIASAT – KETUA JURULATIH
PESALAH – OKT (ORANG KENA TUDUH)
SAKSI-SAKSI – 5 ORANG (BEBAS)

M. JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI
- Semua urusan daftar perlu mendapat pandangan budi bicara kebenaran dari Guru Utama sebelum ianya dikemukakan ke Pendaftar Pertubuhan ROS (Rujukan H/no.1) menubuhkan gelanggang, kelab dan negeri-negeri.
- Pendaftar ROS hanya boleh dilakukan setelah mendapat pengesahan kebenaran bertulis dari Guru Utama Aminuddin Bin Anuar.
- Jawatankuasa menggunakan “nama” dan “sukatan pelajaran” Seni Gayung Fatani diperingkat gelanggang, kelab, negeri-negeri adalah secara langsung “bersetuju” tertakluk kepada semua syarat-syarat aktiviti yang telah ditetapkan.
- Sebarang keingkaran dan ketidak patuhan akan dikenakan tindakan tatatertib AMBIL ALIH lantikan dan akan dirujuk kepada Pendaftar Pertubuhan ROS.
- Guru Utama berhak mengambil pandangan Pendaftar Pertubuhan ROS alih dalam hal berkaitan.
N. SIDANG KEGURUAN
Pengurusan dan pentadbiran tertinggi dipanggil Sidang Keguruan terdiri daripada;
- Guru Utama – Aminuddin Bin Anuar
- Timbalan Guru Utama – Datuk Johary Bin Anuar
- Setiausaha kerja – Nurhidayah Binti Mohd Abdul Wahab
- Wakil-wakil – Ahli Majlis Keguruan (Guru Kanan), Kejurulatihan.
O. AHLI MAJLIS KEGURUAN (Guru Kanan)
Senarai terpilih oleh Guru Utama Sidang Keguruan SGF, terdiri daripada;
- TBA
- TBA
- TBA
- TBA
- TBA
- TBA
- TBA
- TBA
- TBA
- TBA
P. KEJURULATIHAN
Pengurusan dan pentadbiran terdiri daripada;
- Ketua Jurulatih – Safwan Bin Hassan
- Setiausaha kerja – Farhan Bin Ahmad
- Senarai nama jurulatih bergelanggang bertugas dan disahkan.
Q. MUZIK SILAT
- Seni Gayung Fatani masih mengekalkan muzik silat baku yang menjadi iringan persilat ini sejak dahulu lagi.
- Alatan muzik yang masih dikekalkan berupa Serunai, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong dimainkan oleh ahli yang mahir bergendang sahaja.
- Lagu iringan serunai dan tabuh wajib seperti;
- Lagu Fatani / Patani
- Lagu Kedah
- Lagu Layang Emas
- Lagu Mambang Berdengung
- Lagu Seri Angau
- Bait-bait Puisi juga dilantunkan penyeri majlis, sebagai contoh;
Duduk termenung meningkat dagu
Mengenangkan diri tak sudah sudah
Mambang berdengung namanya lagu
Lagu pembukaan negeri Kedah.
….sambungan
Dari Keningau membawa raga
Duduk meratap pila merawan
Seri Angau lagu yang ketiga
Majlis silat pun dijalankan.
….sambungan
Orang dayak ke kinabalu
Dalam gelap tiada berkawan
Bujang terlajak lagu dipalu
Menandakan silat hendak dijalankan.
tamat.
R. KEWANGAN
- Seni Gayung Fatani berbesar hati menerima dana, perolehan peralatan, derma, memohon sumbangan yang boleh membantu menggerakkan, dalam tujuan operasi gerak kerja, aktiviti program persilatan dan sebagainya.
- Tajaan, Kerjasama Korporat CSR dari mana-mana agensi yang berminat pembangunan sukan silat, aktiviti kesenian silat sangat dialu-alukan.
- Akaun Bank Rasmi Seni Gayung Fatani Selangor (Induk);
- Pejabat Operasi Seni Gayung Fatani adalah di alamat;
No. 8-2 Jalan 7/1G-1 Seksyen 7, Bandar Baru Bangi 43650 Selangor
No. Telefon Pejabat 019 265 0976
Emel: psgfm.selangor2013@gmail.com
- Nama Bank – TBA
- Nombor Akaun – TBA
- Rujukan lengkap Akaun dan senarai AJK diberi sekiranya perlu untuk tujuan permohonan.
- Selain dari akaun diatas, ianya merujuk permohonan mengikut akaun AJK negeri masing-masing dan akan dimaklumkan kemudian.
S. LOGO RASMI DAN PAKAIAN

- Logo rasmi merujuk kepada nama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, Seni Gayung Fatani adalah boleh ditafsirkan adalah sama dan milik Aminuddin Bin Anuar yang memberi kebenaran penggunaan logo persilatan pada perguruan ini (Rujukan B).
- “BRAND” rasmi milik Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar MYIPO adalah seperti dilampirkan sebagai rujukan;
- Logo ini telah didaftarkan di MYIPO sebagai cap dagangan (Trademark), hak milik Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar. Sebarang penggunaan perlulah diminta kebenaran terlebih dahulu.
- Logo bersulam, silk screen, sublimination, merchandise pada pakaian atau sebagainya melambangkan keahlian perguruan, persatuan, kelab, gelanggang, atau peminat kepada Seni Gayung Fatani boleh memakai dan memperaga dipakaian silat atau sebagainya mengikut keperluan acara semasa dan santai.
- Pakaian silat adalah berwarna kain HITAM teluk belanga, berseluar panjang.
- Kain bercorak BATIK corak Melayu pakaian tengkolok dan sampin.
- Baju layang dipakai bersama baju silat sebagai pelengkap
- Bengkung peringkat ikut warna bertamat.
- Keris dipakai atau disisip dipinggang keharmonian lestari BUDAYA MELAYU.
- Bercapal sebelum melangkah.
T. KEJAYAAN ANUGERAH DAN MAJLIS SAMBUTAN KHAS SENI GAYUNG FATANI


Semoga informasi ini bermanfaat kepada semua dan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sekian dan terima kasih.

