Merupakan anak kepada Almarhum Tn. Hj. Anuar Abd. Wahab AMN (Pengasas Seni Gayung Fatani ; Pendita dan mantan Guru Utama). TG Aminuddin pernah menjawat Setiausaha Agung Majlis Jurulatih PSGFM.
Pernah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), 1995 dalam bidang Seni Halus. Menambah kepakaran seni beliau di Cosmopoint , KL dalam bidang Seni Reka Grafik Komputer pada tahun 1996/1997.
Juara kebangsaan dalam pertandingan Silat Seni Solo mewakili Seni Gayung Fatani (1992,1994,1995). Di peringkat antarabangsa, beliau telah mendapat pingat Gangsa (1992) di Jakarta dan Perak (1994) di Hatyai.

Logo keramat Seni Gayung Fatani yang telah digunakan sejak tahun 1976 ini telah mendapat sentuhan seni oleh TG Aminuddin bagi menambah baik kualiti logo tersebut.
TG Aminuddin adalah pemilik cap dagangan logo “Seni Gayung Fatani Malaysia” yang telah didaftarkan di MyIPO pada tahun 2022. Sebarang penggunaan logo perlulah meminta izin kepada beliau secara bertulis.
Antara gelanggang-gelanggang silat yang pernah diseliai beliau adalah seperti berikut :
- Bandar Baru Bangi, 1988-2000.
- SK Bandar Baru Bangi
- SMK Bandar Baru Bangi
- Kajang, 1988-2000.
- SMA Persekutuan Kajang (SMAP Kajang).
- SMK Jalan Bukit.
- SMK Sultan Abdul Aziz Shah (SMK SAAS).
- Akademi Fatani Malaysia.
- Kuala Lumpur, 1990-2000.
- Masjid Jamek Kuala Lumpur
- Sandakan, Sabah, 2001-kini.
- Kelab Fatani Belia Sabah.
(portfolio masih dalam pembikinan)








