Cikgu Safwan merupakan anak murid kepada Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar sejak tahun 1999. Langkah bunga pertama beliau dipelajari ketika berusia 13 tahun di SMK Bandar Baru Bangi, sekali gus menjadi titik awal penglibatan beliau dalam Seni Gayung Fatani.
Beliau menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 dalam bidang Sains Komputer (Multimedia) di peringkat Sarjana Muda. Kepakaran akademik tersebut banyak menyumbang kepada pembangunan sistem pengurusan data serta rekod pesilat Seni Gayung Fatani.
Bertaraf Guru Kanan di dalam Seni Gayung Fatani. Beliau berperanan membangunkan jurulatih baharu ke arah kejurulatihan yang lebih profesional serta mengembangkan gelanggang-gelanggang silat dengan sistem yang lebih tersusun. Sepanjang kepimpinannya, beliau telah melahirkan 12 orang jurulatih yang kini aktif mendidik pesilat di Bangi, Kajang, Putrajaya, Puchong, Sepang dan Negeri Sembilan. Melalui jaringan kejurulatihan dan gelanggang yang dibinanya, anggaran keseluruhan pesilat di bawah seliaan beliau kini mencecah 300 orang pelajar merangkumi pelbagai peringkat umur.
KELAB SILAT OLAHRAGA FATANI BERSATU (2015) telah ditubuhkan bersama-sama para jurulatih di bawah bimbingan beliau pada tahun 2015 sebagai sebuah platform rasmi untuk menyelaras latihan, pembangunan pesilat, serta pengurusan kejurulatihan secara lebih sistematik. Penubuhan kelab ini turut menjadi pemangkin kepada peluasan gelanggang, peningkatan mutu latihan, dan penyatuan jurulatih serta pesilat di bawah satu organisasi berskala kecil agar lebih teratur dan berwibawa.
Pencapaian tertinggi beliau di dalam industri silat :
- Kejohanan Kebangsaan Seni Mempertahankan Diri Rakan Wajadiri (Rakan Muda), 2003.
- Mewakili Selangor.
- Pingat Gangsa.
- Kejohanan Kebangsaan Seni Mempertahankan Diri Rakan Wajadiri (Rakan Muda), 2004.
- Mewakili Selangor.
- Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Malaysia, 2007.
- Pasukan W.P. Putrajaya.
- Jurulatih Silat Seni.
Antara gelanggang-gelanggang silat yang pernah diseliai beliau adalah seperti berikut :
- Bandar Baru Bangi, 2004-kini.
- Kelas Silat Bangi (2012-kini).
- SRAi Bandar Baru Bangi (2012-kini).
- SMK Bandar Baru Bangi (2004-kini).
- SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi (2007-2008).
- SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi (2004-2008).
- SK Jalan 4 Bandar Baru Bangi (2004-2008).
- Kajang, 2004-kini.
- Surau As Solihin Bdr. Puncak Utama, 2022-kini.
- SMK Jalan Reko, 2004-2005, 2022-kini.
- SMAP Kajang, 2004-2005
- SAM Batu 10 Hulu Langat (SAMTEN), 2004-2005).
- SK Seri Sekamat (2005-2006).
- Sepang / Putrajaya / Cyberjaya, 2004-2022.
- Cendana Greenwood, Bdr. Baru Salak Tinggi, 2024-kini.
- Pangsapuri PPAM Larai Presint 6, 2025-kini.
- SMK Putrajaya Presint 5 (1), 2022-2024.
- SK Putrajaya Presint 11 (4), 2006-2010.
- SMK Putrajaya Presint 11 (1), 2006-2010.
- Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, 2006-2010.
- SMK Putrajaya Presint 8 (1), 2004-2005.
- SK PutrajayaPresint 8 (1), 2004-2005.
- SMK Putrajaya Presint 16 (3), 2004-2005.
- Puchong, 2022-kini.
- SRIBEST Lestari Perdana.
- SRIBEST Puchong Prima.
- Kuala Lumpur, 2004-2005.
- SMK Seri Bintang Utara.
- SMK Seri BIntang Selatan.
- Sekolah Aminuddin Baki.

















